Wednesday, October 13, 2010
Bukan Lupa Daratan
Siapa tak mahu hidup senang. Hidup berlimpahan wang ringgit, bebas hutang keliling pinggang. Minta apa sahaja, tak perlu susah-susah kumpul wang. Barangan berjenama, makanan mewah yang lazat-lazat...ahh, petik jari saja. Semudah itu!
Seringkali juga buat kita terfikir, "Alangkah beruntungnya lahir dalam keluarga yang kaya-raya!" Semua yang dimahukan dengan mudah berada di depan mata.
Tengok kita ni! Dasar miskin hina, nak belajar pun kena minta ihsan kerajaan. Sudahlah pinjaman, ada pula bunga dan riba' diselang-selikan. Entah macam-mana kita di akhirat karang? Bertopengkan frasa, "Pinjaman Pendidikan." Sedap bunyinya. Tapi, 'sedap' ada makna. Nak lunaskan mahunya tujuh keturunan. Bila bersembang dengan orang kampung, harap simpati dan mengeluh panjang, jawapannya pula lagi menyakitkan.
"Inilah korang, tak pandai nak berterima kasih dengan kerajaan. Dah bagi kemudahan pinjaman, lepas tu tak mahu bayar. Kerajaan juga yang terpaksa tanggung. Dah susah anak aku nak buat pinjaman! Menyusahkan!"
Mahu saja melempar selipar ke muka si pemilik mulut yang berkata-kata, lalu menghamburkan sebegini...
"Kau fikir semua graduan tu bergaji enam-sepuluh ribu?"
"Kau fikir semua graduan itu Jurutera, Ahli Perniagaan berjaya atau Wakil Rakyat? Ada juga yang Ahli Muzik, Pelukis dan Penulis picisan..."
Gaji cukup makan... Tapi nak buat macam mana. Berani buat, berani tanggung.
Asalnya mahu mohon biasiswa kerajaan, tapi belum sempat mengisi borang sudah diingatkan.
"Kursus pilihan saudara bukan bidang kritikal. Jadi, TIADA peruntukan...."
Apa pilihan lain yang ada? Terpaksalah berhutang. Malangnya kita-kita yang senasib...
Akhirnya, bayar jugalah...walau sebulan 50 ringgit.
.
.
.
Err, tapi 'bunga' dia aje 68 ringgit!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
biar miskin asalkan bahagia
ReplyDeletementang2 kita cuma belajar bahasa... senang2 je dipandang rendah orang.
ReplyDeleteapa mereka ingat jadi benl ni senang ke hah!
gaji tetiap bulan hanyalah utk bayor hutang jer..mmg xleh nak menabung (ke aku yg boros)...huhu
ReplyDeleteT____T
pitipitipoo!!!!!!
ReplyDeletehurmmm...sistem riba...memang menjahanamkan negara
ReplyDeleteouuuh~
ReplyDeletederma kat aku nak bayo utang gomen neh
tak abis bayo laoi
izzad: yup...mmg tgh miskin... tp dlm hati ada taman... ahaks...
ReplyDelete"...tak perlu kata apa-apa.. SENYUM..."
:)
MIRA: ni yg nak tubuhkan persatuan nih... PBBB... Persatuan BENL-BENL Bersatu...
ReplyDeletedepa ingat blajaq phonetics, semantics sume2 tu senang ke? mau geget jari kaki gak kekadang weh...
cam add-math tp, versi bahasa...
jue aziz: jom karok! "...kita serupaaa...kita serupaaa...."
ReplyDeletehoho...huwaaaaa....
chenta: ahaks...terkono gak... nak buek lagu mano...
ReplyDeletetakpe, postgrad studies kita korek duit sendirik...asal jgn pitihpitihpoo...huhu
caki: huh...kalu ada 6 Jahanam....riba' ni boleh up jadik yang no. 7...
ReplyDeletekira cam adik-beradik Beckham ar lbh kuang...
ngahahahhahahahah
alien: tok nak derma kat ko....? ape kata ko jual motor ko pahtu duit derma kat tok... lagi mujarrab rasenye, membantu warga tua yg dalam kesusahan...
ReplyDeleteamacam? bernas tak idea tok?
agagaggagagaggagagga :D
ni pasal pitipitipu ke?
ReplyDeletestudy loan aku pun byk lagi kene byr haha..tah2 umo dah cecah 60 pun blom tentu hutang dah habis.
mimi: betol kuasa-10...hoho
ReplyDeleteni namenye hutang body di bawak mati...
sob sob...
nak buat cane beb, nk berjaya pun kena meminta belas ihsan kerajaan. diorg ni pun pandai gak, membisneskan pendidikan, tu yg yuran tinggi melangit. kita main apply je, janji tamat pengajian dan berjaya.
ReplyDeletetp kita ni pun sama gak, tak beringat kan. dpt loan kemain lagi hu-ha-hu-ha. bila nk bayar balik, sengsara. huhuhu...
tp tu r, bkn kt x bayar... apa yg aku byr setakat ni pun cuma faedah je. prinsipal amount tah bila nk abis. sempat ke aku abiskan hutang belajar sblm aku tutup mata nt? melainkan kalo aku CEO ke, kaya 12 juta ke memang aku tutup akaun terus seolah2 xpenah buat loan dgn diorg.
some peeps aren't just plain ignorant...
totally agree with you bro...
ReplyDeletebunga pun tak lepas...camne nak langsai pokok...
aku punya bunga aje dah dekat 4k unsettled...
camne nak ada asset camnih...abih kat utang...
ahh...saya belajar untuk ilmu, bukan untuk kerja gaji juta-juta. well, duit tu penting tapi kadang kadang tak menjamin kesenangan pun. saya mahu jadi bohemian yang mengikut kata hati dan menulis dengan jiwa!!!
ReplyDeletepedulik mereka yang pandang rendah pada kursus yang saya ambil.
shuk: fuhh...bohemian... chaiyok! :)
ReplyDeletesayangnya, org2 cam kita tidak mendapat layanan yang sama rata di dalam 'tempurung' sendirik.