Monday, May 25, 2009
$311.0u7 yg SOLD OUT!
Sabtu, aku berkesempatan tonton Sell Out! arahan Yeo Joon Han. Menang AWARD di Venice dan Golden Horse, juga beberapa anugerah antarabangsa lain, pastinya ada sesuatu yang hebat. Biasalah, filem Malaysia yang BAGUS, biasanya hanya ORANG LUAR yang bijak menilai. Sebab mereka NEUTRAL, tidak dipengaruhi internal ideology.
Menonton trailer nya di YouTube je dah boleh buat aku memaksa diri ke pawagam...masa beratur di kaunter, aku agak ragu-ragu gak. Filem ni dah lama ditayangkan, tambah plak filem Malaysia, takut aku sorang2 je yang tonton....tapi telahan aku nyata meleset bila aku tengok PC skrin seating di kaunter yang mana hampir kesemua seat pawagam hampir penuh. Aku lega. Menonton seorang, takde thrill nya. Cumanya, bila menonton secara solo, agak mudah untuk aku mendapat seat...kadang-kadang dapat best seat in the house lagi...haha. Yup, I got the first back row seat...in the middle...sangat strategik!
Bila masuk ke pawagam, aku jengah muka sorang-sorang penonton yang masuk....guess what? Hanya aku sorang yang berkulit 'Cekelat'. Check balik tiket, kot2 salah filem. Tapi memang tak salah. Aku buat bodo je la.
Apa yang boleh aku kata tentang filem ini?
1) Truly Malaysia! Besides the fact that it was shot in Malaysia, everything in particular is absolutely MALAYSIAN. Filem ini sangat indah.
2) Cermin kita. Mesej-mesej yang disampaikan sangat provokatif, tapi ada kebenaran. Disampaikan secara sinis dan humor, buat penonton tak kering gusi gelak ketawa. Dialog-dialognya sangat kelakar dan bersahaja, tapi terselit mesej dalam humor. Meskipun jika hanya membaca sarikata, pastinya diiringi gelak tawa. Bayangkan bila sarikata filem atau 'subtitle' itu sendiri disindir dalam filem. Seolah-olah sarikata itu menyindir dirinya sendiri. Sangat BRILLIANT!
3) Runut bunyi yang CATCHY dan LAYAN abis. Selepas keluar pawagam, perkara pertama yang terdetik di kepala aku adalah, "Mana nak cari soundtrack dia?". Lagu-lagunya disampaikan secara berseloroh, lirik yang bersahaja, dengan Bahasa Inggeris yang mudah, Manglish lebih tepat, jadi mudah untuk digest @ hadam isi-isi lagunya. Paling menarik, liriknya sangat JUJUR dan ditulis ikhlas. Ia bukan bersandarkan vokal sebab dinyanyikan sendiri oleh pelakon yang membawakannya, malah lebih kepada KARAOKE-like, hinggakan liriknya juga disediakan di bawah dengan format karaoke yang membolehkan penonton menyanyi sama. Unik!
4) Bukan NAMA besar. Ya, filem-filem indie sebegini sudah tentunya tidak menggunakan nama besar industri hiburan. Sekadar Peter Davis dan Hannah Lo (yg lebih dikenali sebagai model komersil), juga Kee Tuan Chye, yang adakalanya muncul dalam drama-drama cina tempatan dan iklan. Jerrica Lai a.k.a Rafflesia Pong @ Pong Huey Tze (haha!) yang aku baru pertama kali lihat, ditonjolkan memegang watak utama, seorang PROTAGONIS yang ANTAGONIS, paradox bukan? Tamat filem, aku begitu ingin memberikan Standing OVATION, tapi bimbang dikata gila....haha. Sebab kualiti lakonan mereka, malah pelakon pembantu juga, semuanya hebat...tidak canggung melihat lakonan mereka.
Kini, aku menunggu release DVD dan Soundtrack nya pula.
VERDICT aku untuk filem ini? 5 bintang...tak kira lah apa orang nak kata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
im a badddddddddddddddd
ReplyDeletebadddddddddddddddddddddddd gurlllllllllllllllllll
hohohohohoho
uikss...ado dialog tu ke? hehe.... thanks to you, i watched it... :)
ReplyDeletewanna see more of Jerrica Lai...hillarious cam nak giler H1N1...hoho