Thursday, May 7, 2009

Junior vs Senior...skang sapa lebih TERER??

(Lady Luck NEVER choose between LEFT or RIGHT...)


Lunch di Tepian...lokasi makan + lepak biase...

Duduk menghadap pintu masuk....

Kelibat seseorang yang aku kenal muncul di muka pintu kedai buat aku tersenyum sendiri....

"Farid"

Datang ngan seseorang, isteri...ayu abis.... untung ko Farid...ehehehehe

Dia junior aku kat boarding school dulu...room mate aku mase Form 3... budak yang baik... sorang lagi junior nama Atuk...sama batch ngan dia... satu bilik ada 14 orang... Kitorang slalu sembang ngarut-ngarut...ngarut yang berilmu...ahaks... Memoir... 12 tahun cepatnya berlalu... dulu si Farid ni skema2 abis, tapi sempoi...pakai spek tebal, frame hitam bulat.... Takde gelaran untuk Farid, aku cuma panggil dia Farid...haha... Sebab dia terlalu baik... Tak tau nak gelar apa... Si Atuk, sebab dia mase budak2 lagi dah nampak kertu....waakakakakakkkakakaka....

Dengan si Farid ni aku suka sembang ngan dia sebab dia banyak ilmu...untungnya bergaul ngan orang berilmu ni, perbualan tu bukan sekadar sembang, tapi ada ilmunya juga...

"Zal!" Dia tersenyum nampak aku.... "Kerja kat sini ke?"

"A'ah...sebelah ni je.... Oit, ko ape cerr?" nak korek info.

"Biase je Zal...kerja kat sini-sini gak" jawab Farid, masih modest dan merendah diri, cam dulu-dulu gak.

"Ada kad?", tanya dia lagi. Sambil menghulurkan business card dia kat aku.

"Takdelah bro, nanti aku korek dlm wallet...takpe, ko makan dulu" aku suggest kat dia. Kami bertukar nombor telefon.

Aku belek kad dia... "Aik, ni bini dia punya!"

Tertera 'Managing Director' di kad...bawah nama.

"Perghhh...muda-muda lagi dah ada syarikat sendiri", aku mengagumi dalam diam.

Farid kerja dengan isterinya, tapi pasti jawatannya juga bukan calang-calang.

Aku? Masih lagi bekerja makan gaji....bulan-bulan tunggu cek.


Betullah...nasib itu tidak menyebelahi sesiapa...yang penting ada usaha dan keberanian untuk mencuba.

Farid juga sama latar belakang dengan aku....tapi dia boleh bekerja dengan Jurutera, in fact mengetuai sekumpulan Jurutera lebih tepat...sedangkan bidang kami jauh tersasar daripada itu....

Fikir tentang masa depan..... Hmm, mana aku nak mula??

"Korek-korek wallet, jumpa gak...nah Farid", aku menghulurkan business card milik aku yang sudah agak renyuk...

Senyum, beri salam sambil berlalu pergi...

Aduh...kerdilnya aku....

8 comments:

  1. nak buka bisnes memerlukan kesungguhan dan keyakinan,kalau ada seratus peratus keyakinan jual murtabak pun boleh pakai kereta besar,buat rumah banglo,langsai hutang ptptn.

    ReplyDelete
  2. betol tuh...chaiyok chaiyok..

    berusahalah! :)

    ReplyDelete
  3. aku percaya rezeki Tuhan dah sediakan sama rata kepada semua manusia, baik muslim mahupun kafir. terpulang kepada kita bagaimana nak mencari dan memanfaatkannya, kerana Tuhan sudah berjanji, sesiapa yang berusaha akan mendapat hasilnya. banyak atau kurang hasilnya setimpal dengan banyak atau kurang usahanya... keyakinan kena kuat. kita boleh beb.

    ReplyDelete
  4. correct Is, aku pun pikir camtu gak...insyaAllah... marilah kita berusaha...chaiyo..chaiyo...!

    weh, blog ko cun abis....yg merah tu, seksi abis...huahuahuahuahua :)

    ReplyDelete
  5. Betol...saya agree 100 persen...

    Iktibar utk saya merancang mase depan dan kerjaya...

    Rezeki ada dimana2..itu janji DIA...

    Tengkiu sudi singgah... :)

    ReplyDelete
  6. ijal, ko punya pic tu seakan Pokerface...

    ReplyDelete
  7. itu le pasal...aku tgh drive ptg semalam, bukak radio dgr lagu Lady Gaga, otomatik tpikir menda yg sama...hehe

    Goes gaga over lady gaga....wahahahhhaa

    ReplyDelete