Monday, May 18, 2009

KONFLIK + LARI = HILANG

(Ku HILANG dalam ramai kala hujan renyai.... - EXIST)


"Poyo...benci betolla ngan dia ni!"


"Sikit-sikit kacau aku, sikit-sikit kacau aku...pegi la kacau orang lain...penyibuk!"


"Saya tak kira, saya bos awak, awak kena ikut cakap saya...kalau tak suke, berambos!"


"Apesal la ko ni lembab sangat...skema satu hal....cuba jadik cam kitorang ni...macho sket...pompuan tengok pun cair....bukan cam ko!"


"Nah (menghulurkan selonggok fail), aku nak ko siapkan ni sebelum balik...selagi tak siap, jangan balik..."

"Kenapa result kamu penggal ni teruk sangat...tu la, banyak sangat main.. Ayah tak kira, mulai esok, kamu kena duduk rumah. Jangan nak kuar mane-mane....belajar kat umah...faham!"

"Maaf, saya tak cintakan awak....saya cintakan kawan baik awak..."

Ni cuma sebahagian reaksi atau sikap orang-orang sekeliling kita yang hari-hari kita jumpa. Dari situ, adakalanya bermula konflik...kebencian...hasad...dengki...dendam...syak wasangka...

Jalan pintas nak lari dari segala-galanya... PUTUS!

Putus kawan...putus saudara...putus keluarga....berhenti kerja... Janji settle!

Tapi sedar atau tidak, konflik-konflik yang ada sebenarnya buat hidup kita lebih mencabar dan 'berwarna'. Bukan nak kata yang konflik tu baik, cuma yang perlu dilakukan adalah..mencari jalan penyelesaian....

Terpulang pada kita bagaimana nak menanganinya...setiap konflik adalah PENGEMBARAAN atau adventure baru dalam hidup kita....bayangkan hidup tanpa konflik... Memang aman...tenteram....tapi bosan. Hidup tak berkembang sebab kita tak belajar dari pengalaman... Macam mana nak ada pengalaman kalau tidak ada masalah...hidup terlampau mudah....

Jadi jika ada masalah....BERHENTI...BERFIKIR...dan JANGAN LARI...

Jika lari...kita hanya akan HILANG DALAM RAMAI...


Nota: Ini hanya pendapat penulis, tiada kena mengena dengan yang hidup maupun yang dah mati...

6 comments:

  1. alha; salam singgah. BTW, 'Arian'? =)

    ReplyDelete
  2. kekadang manusia yang kuat dan selalu tabah dlm menghadapi pelbagai konflik pun vulnerable, boleh tewas... tapi memang betul, hidup tak berwarna dan bermakna tanpa menghadapi masalah. kalaulah kita ni manusia serba lengkap or perfect, memang kita akan rasa terpulau, rasa dengki sebab tak dapat menikmati kehidupan yang menarik semualah. walaupun aku seorang ultraman tetapi aku juga lemah dan tewas dalam mengharungi pancaroba kehidupan... sama ada menentang makhluk asing mahu pun sesama manusia, karier, cinta, kewangan etc...

    ReplyDelete
  3. salam....yup, Arian...kerna saya dilahirkan di bintang aries....huahuahuahua

    p/s: bukan merujuk kpd 'Arian' = bkulit itam....sy cekelat..hoho

    ReplyDelete
  4. Is, wlwpun ko Otromen....aku tau, ada gak raksasa Gorgon yang terer2...

    jgn lari is...berusahalah! :)

    ReplyDelete
  5. aku sedang

    BERHENTI, BERFIKIR ,TAK MO LARI DAH.......

    THNX FOR THE ADVICES.....

    ReplyDelete
  6. no problem bro...bila kita 'melawan' kita semakin 'KUAT'... :)

    ReplyDelete