Wednesday, November 25, 2009

Korban, Qurban...bukan Kurt Cobain



(Anting-anting SAMAD, merangkap sijil korban...)

Selamat Hari Raya Qurban....

Besar pengertiannya KORBAN nih kalu kita hayati mendalam...aku bukan nak bagi syarahan...haha. Kang tak pasal-pasal kena tangkap sebab bagi ceramah tak bertauliah... wee...

Tahun lepas, kuarga aku buat korban, Alhamdulillah...ramai jiran-jiran yang datang menolong.

Siapa yang terkorban??? Jeng..jeng...jeng...

SAMAD namenye...

Anak sedara aku si Hariri mase mula-mula lembu tu sampai ngan lori, dia suka melayan...sementara nak tunggu hari korban tuh, hari-hari la budak kecit nih dok melayan menatang tu. Bagi makan, bagi minum...siap bersembang lagik tuh! Huhu... Dah jadik cam kawan...tu yang dia namakan SAMAD tuh...ntah dari mana dia dpt wahyu nak guna name tuh...huhu.

(Si kenit Hariri)

Bila dah attached emotionally antara si lombu ngan si Hariri ni, maka sedih la dia bila nak dekat hari sembelih.

"Pak Usu, kalau kita tak sembelih SAMAD bleh tak? Kesian la...", si kenit mengadu kat aku sambil mencebik.

Sebagai orang yang lebih tua, kena la aku sediakan jawapan yang agak DIPLOMATIK sket...nasib baik mase kat universiti dulu aku amik minor Political Science...HAHA...

"Uikss..mane buleh camtu. Korban ni ibadah. Dapat pahala tau! Nak tak nak kena buat, sebab dah mampu. Haah, adik kalu kesian-kesian tak bleh ar makan SATE karang...!", aku umpan sket-sket.

"Hah, sate?", (TERLIUR SEKEJAP)

"A'ah, malam kang kita nak bakar sate, kalu adik kesian kat Samad, nanti Samad pun sedih. Jadik, tak boleh la adik makan sate", diplomasi beb....hoho.

"Mane bleh...adik nak gak sate... Okla, boleh sembelih Samad!"


Maka malam tersebut, kami beramai-ramai membakar sate....tak silap aku tu daging yang mak aku beli kat pasar, baki buat rendang! Hoho...

------------------------------------------------------------

Semoga SAMAD berbahagia DI SANA...ditemani bidadari-bidadari Syurga...



10 comments:

  1. Samad kenderaan ke syurga insyallah...

    SALAM AIDILADHA

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya aidiladha :)

    pandai c kanak2 itu kasi nama.. samad! nice name.. hehe~

    ReplyDelete
  3. Semoga SAMAD berbahagia DI SANA...ditemani bidadari-bidadari Syurga...

    Al-fatihah~

    ReplyDelete
  4. samad tu nama pakcik yg keja kat bar council bwh opis aku..rasa2 samad yg tu ada kaitan x ngan samad yg ni

    p/s : kem slm kat budak kecik tu

    ReplyDelete
  5. Firol: betol 3x...tunggangan ke syurga...Amin...

    kebetolan kelmarin si kenit Hariri tanya aku...

    "Pak Usu, kalu kita korban AYAM je boleh kan?"

    ??!!!

    ReplyDelete
  6. Husna: tu le, keletah budak2 yg bersahaja ni kekadang wat kita gelak guling2 atas lantai...

    ReplyDelete
  7. Cik Epal: (tgh tbayangkan rupa bidadari yg dok teman samad)

    huhu

    ReplyDelete
  8. citah: mungkin gak lembu tu dulunye milik pakgad tu...camne bleh sampai Johor pun aku tak sure...kena wat Kajian Sejarah Tempatan Tgkatan 3 baru bleh dpt tau gaknye...

    ikekekekkkeee...

    Si kenit: "Waalaikumussalam kak Citah...weee"

    ReplyDelete
  9. chentatiku: salam eid...senyum sokmo...

    tengkiu sudi mampir...(xde kaitan ngan nenek lampir) :p

    ReplyDelete