Wednesday, May 27, 2009

SAMA tak SERUPA

Dulu dia pendiam...tak pandai sangat bergaul dan bersembang...mungkin sebab kami jarang jumpa...dulu bila aku dekat, dia lari....bila aku lari, dia dekat.....

Tapi bila dah lama-lama, aku dah pandai nak tackle situation...dah pandai ikut rentak dia....dah reti buat dia gelak dan tersipu-sipu malu...dah mampu buat dia senyum dan ketawa....

Kami dah mula mesra...

Hari tu aku pakai spek itam....dia nampak, terus terpacul dari mulut dia, "Eh, sama laa!"

Aku senyum aje, tengok telatah dia....gelihati...

Memang spek kita sama, tapi tak serupa....perspektif pandangan yang membezakan kami...apa yang dilihat di lensa kaca matanya tidak sama dengan apa yang aku lihat....


(Alisya Aqila Hanan yang KAWAII abis, 3 tahun - niece)


"Bila kamu lihat apa yang aku lihat, tentang AKU dan dunia KITA, waktu itu kita SAMA..."



* Kawaii = Japanese for CUTE.


Tuesday, May 26, 2009

Aku TONTON??

Dulu aku tak rajin miss berita waktu perdana...kul 8 mesti tercongok depan TV...tu zaman budak2 la...bukan apa, banyak cerita-cerita pasal dalam dan luar negara...untuk org kampung cam kami, TV adalah portal untuk kami mengikuti perkembangan semasa...selain sok kabar (newspaper daa...) ehehehe...

Suka gak layan berita-berita pasal KL...sebabnya tak pernah jejak ke sana, tengok visual dalam TV je la...time tu bile dengar kawan2 kata, "cuti aritu kan, aku gi Kay eeL...." yang dah tentu2 disertai ngan idung yang tinggi...dpt gi KL mase tu rasenya cam dah sampai Hollywood la lebih kuang...itu dulu....just secebis kenangan.....

Tapi skang, bila dah naik remaja dan nak tua2 bangka...dan bila berita seolah-olah dah tak relevan....banyak auta dari fakta, waktu lapang atau hujung minggu, aku cuma dok umah bersantai depan TV...terbongkang...


sambil tonton cite....


"SPONGEBOB SQUAREPANTS...spongebob squarepants...spongebooooob squarepaaaantssss!"

Sekurang-kurangnya, cite kartun tu memang dah sah2 TIPU....jadik, takdela aku tertipu...

Huahuahuahuahuahuahuaaaa......

The CAT Returns...

Semalam aku makan tempat biasa...dah 5 tahun aku makan kat situ...bayangkaaan...sangaaap....

Tahun lepas, aku pernah bagi sekor kucing kecit yang comel makan ikan....kucing tu kebulor...sian...anak yatim gaknya.... Aku amik gambo dia...

(Si Pussy Cat...SETAHUN SEBELUM)


Tup-tup, semalam...mase tengah mentekedarah paprik ayam, kaki aku terasa geli digesel-gesel....aku tgk bawah....macam ku kenal...

"Eh, kamoo...!"

Dia muncul kembali....aku happy.... :)


(Si Pussy Cat...SELEPAS)

Apa yang membuatkan aku kenal padanya? Ntahla....mungkin kerana ada sesuatu di matanya yang menyatakan itu DIA....

Tak kisahla, sekurang-kurangnya kini tidak lagi solo, kerana sudah ada yang menemani aku makan....

Monday, May 25, 2009

KULIT hanya WARNA

Love knows NO boundaries....


Malam ku yang bosan dihiburkan dengan telatah spontan si kecil ini...hehe. Comel kan?


Aku mungkin boleh dibuang kerja kerna ini....haha...mana taknya, sekarang aku lebih gemar update blog dan menulis berbanding memeras idea untuk creative writing....banyak yang nak diceritakan....dan dikongsikan....jangan tiru macam aku ya! hehe

Malam tadi, aku makan di gerai sebelah apartment...sedang aku sibuk mentekedarah, sambil tonton Buletin Tipu....tiba-tiba datang sorang mak dan anak.....maknya Melayu, anaknya kulit hitam....bangsa Afrika...dengan rambut berpintal-pintal. Pasti ayahnya berbangsa Afrika.

Aku terhenti menelan.... Jaw-dropping sekejap, bila budak tu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan lancar.... "Mak, mak.....saya nak Milo (mailo)!" sambil mengukir senyum....

Apa yang buat aku dan pelanggan-pelanggan lain tersenyum ialah bila melihat telatahnya yang bersahaja...bergurau senda dengan seorang lagi rakan yang dijumpainya di gerai yang sama.....juga bila dia bersembang-sembang dengan ibunya.....LUCU dan COMEL!

Kemudian fikiran aku menerawang jauh, memikirkan mungkin begitulah jadinya jika Bahasa Melayu jadi Bahasa Perantara atau Bahasa No. 1 dunia, menggantikan Bahasa Inggeris....bayangkaaaaan.....

Semakin tinggi fikiran aku melayang dan semakin jauh ia terbang, imaginasi terhenti tatkala aku tersedak nasik....uhuk uhuk....

"Bos, air kosong 1 lagi!"

$311.0u7 yg SOLD OUT!

(Bravo! Viva film du Malaysiana!)


Sabtu, aku berkesempatan tonton Sell Out! arahan Yeo Joon Han. Menang AWARD di Venice dan Golden Horse, juga beberapa anugerah antarabangsa lain, pastinya ada sesuatu yang hebat. Biasalah, filem Malaysia yang BAGUS, biasanya hanya ORANG LUAR yang bijak menilai. Sebab mereka NEUTRAL, tidak dipengaruhi internal ideology.

Menonton trailer nya di YouTube je dah boleh buat aku memaksa diri ke pawagam...masa beratur di kaunter, aku agak ragu-ragu gak. Filem ni dah lama ditayangkan, tambah plak filem Malaysia, takut aku sorang2 je yang tonton....tapi telahan aku nyata meleset bila aku tengok PC skrin seating di kaunter yang mana hampir kesemua seat pawagam hampir penuh. Aku lega. Menonton seorang, takde thrill nya. Cumanya, bila menonton secara solo, agak mudah untuk aku mendapat seat...kadang-kadang dapat best seat in the house lagi...haha. Yup, I got the first back row seat...in the middle...sangat strategik!

Bila masuk ke pawagam, aku jengah muka sorang-sorang penonton yang masuk....guess what? Hanya aku sorang yang berkulit 'Cekelat'. Check balik tiket, kot2 salah filem. Tapi memang tak salah. Aku buat bodo je la.

Apa yang boleh aku kata tentang filem ini?

1) Truly Malaysia! Besides the fact that it was shot in Malaysia, everything in particular is absolutely MALAYSIAN. Filem ini sangat indah.

2) Cermin kita. Mesej-mesej yang disampaikan sangat provokatif, tapi ada kebenaran. Disampaikan secara sinis dan humor, buat penonton tak kering gusi gelak ketawa. Dialog-dialognya sangat kelakar dan bersahaja, tapi terselit mesej dalam humor. Meskipun jika hanya membaca sarikata, pastinya diiringi gelak tawa. Bayangkan bila sarikata filem atau 'subtitle' itu sendiri disindir dalam filem. Seolah-olah sarikata itu menyindir dirinya sendiri. Sangat BRILLIANT!

3) Runut bunyi yang CATCHY dan LAYAN abis. Selepas keluar pawagam, perkara pertama yang terdetik di kepala aku adalah, "Mana nak cari soundtrack dia?". Lagu-lagunya disampaikan secara berseloroh, lirik yang bersahaja, dengan Bahasa Inggeris yang mudah, Manglish lebih tepat, jadi mudah untuk digest @ hadam isi-isi lagunya. Paling menarik, liriknya sangat JUJUR dan ditulis ikhlas. Ia bukan bersandarkan vokal sebab dinyanyikan sendiri oleh pelakon yang membawakannya, malah lebih kepada KARAOKE-like, hinggakan liriknya juga disediakan di bawah dengan format karaoke yang membolehkan penonton menyanyi sama. Unik!

4) Bukan NAMA besar. Ya, filem-filem indie sebegini sudah tentunya tidak menggunakan nama besar industri hiburan. Sekadar Peter Davis dan Hannah Lo (yg lebih dikenali sebagai model komersil), juga Kee Tuan Chye, yang adakalanya muncul dalam drama-drama cina tempatan dan iklan. Jerrica Lai a.k.a Rafflesia Pong @ Pong Huey Tze (haha!) yang aku baru pertama kali lihat, ditonjolkan memegang watak utama, seorang PROTAGONIS yang ANTAGONIS, paradox bukan? Tamat filem, aku begitu ingin memberikan Standing OVATION, tapi bimbang dikata gila....haha. Sebab kualiti lakonan mereka, malah pelakon pembantu juga, semuanya hebat...tidak canggung melihat lakonan mereka.

Kini, aku menunggu release DVD dan Soundtrack nya pula.

VERDICT aku untuk filem ini? 5 bintang...tak kira lah apa orang nak kata.

Friday, May 22, 2009

HUJAN Petang

(Terima kasih, kerana akhirnya KAU datang juga...)

Panas...panas... Tidur malam tak lena...pusing kiri, pusing kanan...masih tak lelap. Buka tingkap...masih tak lena. Tiada angin sepoi-sepoi bahasa, hanya haba...

Waktu-waktu begini, aku hanya mendambakan hujan...

Pagi berikutnya, langit gelap...untuk beberapa ketika, aku menunggu ketibaan hujan...tunggu...tunggu...dan tunggu....tapi hampa, kerana bila tibanya tengahari, matahari pula yang mula menjengah kepala... Tarik muka...

Petang, guruh berdentum di langit...terdetik keriangan, namun sedikit goyah, bimbang hujan tak kunjung tiba...

Kesudahannya, bagai dipinta dan dijangka...air dingin menitis laju dari langit...bersama halilintar menyambar bumi....hingar-bingarnya tak ku endah, kerna akhirnya hujan datang menjengah...

Biar tidak mungkin merasa salju, munculnya hujan...hanya itu yang ku mahu...

(Setinggi mana pun kamoo...bila munculnya hujan, pasti kerdil juga...)

Thursday, May 21, 2009

19 MEI 2009: PAGI yang GUNDAH

Malam tu, oleh sebab kepenatan...aku tertidur sampai kesiangan...aku perasan ada mematikan alarm beberapa kali...namun, kali ke #5 aku celikkan mata...mahu gegas gi kerja...

7.45 pagi... "Allah...missed Subuh lagi...."

Check henset...5 miskol...ada 1 sms....semuanya dari seorang sepupu. Aku bukak sms...

Dari: Jannah
Mesej: "Bang, tau tak Embah dah meninggal...balik kampung tak? Nak tumpang boleh?"

Aku terpana sekejap...tampar pipi sendirik....sakit... "Bukan mimpi!"

Aku segera call mak kat kampung, juga abang yang kat Kajang...semua tak tau lagi...semua terkejut....aku antara yang pertama tau rupenya.... Kena balik ni... Aku sms Bos..

Kepada: Puan
Mesej: "Salam Puan, minta kebenaran cuti emergency...nenek meninggal."

Bos replied...

Mesej: "Granted. Takziah untuk awak dan keluarga. Hati2 balik kampung."



(Sememangnya sukar menerima hakikat yang seseorang yang kita sayang pergi untuk selamanya...)


Pantas, aku kemas baju...bersiap-siap...hidupkan enjin keta....ngan perasaan berbaur..antara percaya dengan tidak...sedih pun ya...sugul apatah lagi.... Memikirkan tidak dapat lagi mencium tangan Embah...tatap senyuman Embah....macam mane agaknya rase Hari Raya akan datang tanpa Embah? Perasaan yang serupa masa arwah Abah pergi dulu.... Namun, aku yakin, dia BAHAGIA di sana... Sebab Embah paling taat dengan DIA....tak pernah aku nampak dia tinggal solat.... InsyaAllah....

Dua (2) hari di Batu Pahat....meskipun kehadiran saudara mara menambahkan keadaan hiruk pikuk di rumah, rewang-rewang untuk majlis tahlil malamnya....namun, aku terasa ada bening dan senyap sunyinya....adakalanya aku duduk di beranda umah arwah, sambil memikirkan pedihnya kehilangan seorang Embah....

"Tahukah kau, tanpamu hidupku kelam tanpa sinar....


Umpama siang tanpa mentari...

Bagai malam tanpa bulan..."


Embah meninggalkan dunia yang fana' ini pada jam 7.15 pagi, 19 Mei 2009.

Al-Fatihah buat arwah Embah, Allahyarhamah Darsiah binti Haji Dullah Kamari. Semoga rohnya dihimpunkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin.

NOTA: Embah adalah gelaran bagi Nenda @ Nenek dalam keluarga kami.

Monday, May 18, 2009

KONFLIK + LARI = HILANG

(Ku HILANG dalam ramai kala hujan renyai.... - EXIST)


"Poyo...benci betolla ngan dia ni!"


"Sikit-sikit kacau aku, sikit-sikit kacau aku...pegi la kacau orang lain...penyibuk!"


"Saya tak kira, saya bos awak, awak kena ikut cakap saya...kalau tak suke, berambos!"


"Apesal la ko ni lembab sangat...skema satu hal....cuba jadik cam kitorang ni...macho sket...pompuan tengok pun cair....bukan cam ko!"


"Nah (menghulurkan selonggok fail), aku nak ko siapkan ni sebelum balik...selagi tak siap, jangan balik..."

"Kenapa result kamu penggal ni teruk sangat...tu la, banyak sangat main.. Ayah tak kira, mulai esok, kamu kena duduk rumah. Jangan nak kuar mane-mane....belajar kat umah...faham!"

"Maaf, saya tak cintakan awak....saya cintakan kawan baik awak..."

Ni cuma sebahagian reaksi atau sikap orang-orang sekeliling kita yang hari-hari kita jumpa. Dari situ, adakalanya bermula konflik...kebencian...hasad...dengki...dendam...syak wasangka...

Jalan pintas nak lari dari segala-galanya... PUTUS!

Putus kawan...putus saudara...putus keluarga....berhenti kerja... Janji settle!

Tapi sedar atau tidak, konflik-konflik yang ada sebenarnya buat hidup kita lebih mencabar dan 'berwarna'. Bukan nak kata yang konflik tu baik, cuma yang perlu dilakukan adalah..mencari jalan penyelesaian....

Terpulang pada kita bagaimana nak menanganinya...setiap konflik adalah PENGEMBARAAN atau adventure baru dalam hidup kita....bayangkan hidup tanpa konflik... Memang aman...tenteram....tapi bosan. Hidup tak berkembang sebab kita tak belajar dari pengalaman... Macam mana nak ada pengalaman kalau tidak ada masalah...hidup terlampau mudah....

Jadi jika ada masalah....BERHENTI...BERFIKIR...dan JANGAN LARI...

Jika lari...kita hanya akan HILANG DALAM RAMAI...


Nota: Ini hanya pendapat penulis, tiada kena mengena dengan yang hidup maupun yang dah mati...

SAKITNYA terbelah DUA!

(Kalau slow sangat macam siput...alamat, TERBELAH dua la jawabnya....dipintas masa...ahaks)


"Al Waqt Kal-saif, fa in lam taqta'uhu...qata'aka" - Arabian Proverb.

Ini bukan syarahan agama atau Forum Perdana....sembang ilmu...sekadar mengingatkan bagi yang lupa...

Bila cite tentang masa, betapa berharganya...sukar nak gambarkan nilainya...mungkin lebih mahal dari matawang Euro...atau berlian dari Botswana...atau Swarovski... Atau jongkong emas China... Hakikatnya, ia melangkaui segala-galanya....

Peribahasa Arab di atas actually menjawab segala persoalan tentang nilai masa....

"Masa itu umpama pedang, jika kita tidak memotongnya nescaya ia akan MEMOTONG kita"

Bijak pandai Arab dari zaman dahulu kala telah terlebih dahulu berjaya menjawab persoalan berkaitan NILAI masa.... Bayangkan, banyaknya masa terbuang hanya dengan kita duduk bertongkat dagu, memikirkan kenapa atau mengapa sesuatu terjadi, tanpa buat sesuatu untuk memperbaikinya, or at least attempt to shape up our own future, our own way of life.....bila masa berlalu...kita hanya mampu mengeluh dan berkata, "Menyesalnya aku...!" atau "Kalau lah...."

Skema sangat ke entry nih...haha.... Jom kita sembang santai.... Sebagai contoh, ada orang yang aku kenal, menghabiskan hidupnya hanya dengan menyukai seseorang...tapi bila ditanya kenapa tak berterus terang, jawabnya...

"Aku tak kaya, aku tak hensem...kereta pun takde....aku takde apa-apa la Zal...." Sentap juga mendengarnya, bila merasakan diri takde apa-apa keistimewaan, keyakinan pun hilang....

Aku tanya lagi, "Habis, setakat mengharap camni, kau tak rase rugi ke? Luah kan je, dapat atau tak, itu tak penting...yang penting kau dah cuba....kalau dapat, Alhamdulillah...kalau dia menolak, kau ada alasan untuk teruskan hidup kau....cari yang lain...tak guna menunggu buah yang tak jatuh...."

Jawab dia, "Aku segan la....takpela...aku ok je camni...tak dapat pun takpe...." sambil mengeluh panjang...

Aku tak mampu nak kata apa-apa. Terhenti kat situ.

Bila cerita tentang masa dan peluang, hanya ada dua kemungkinan....

PASRAH
atau CUBA UBAH.

Sama ada biar masa menentukan segalanya atau cuba transformasi diri menjadi lebih baik, untuk tingkatkan keyakinan diri....an effort made, a future awaits...

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam KERUGIAN"

Renung-renungkan & selamat beramaaaaal.... ngee :D

Wednesday, May 13, 2009

You SAW thru ME

(Tak kira mane angle kamera, aku hanya nampak keikhlasan di matanya)
- grabbed from Amy's




"Differences bring us towards togetherness..."

Aku bertuah sebab job pertama aku lepas graduate was with this one branded private university, selalu masuk tv...lokasi penggambaran drama dan filem...

Anyway, bukan tu yang aku nak elaborate kat sini...

Job function aku kat situ memang banyak....walaupun exec, tapi kena wat task yang pelik-pelik pun ada....azab memang azab, tapi pengalaman mengharungi keazaban tu, ngan kengkawan, kami mampu buat task yang tak relevan, jadi seronok dan enjoyable....although at times, outcome nya tak seperti yang diharapkan....tapi aku masih bersyukur sebab pengalaman 3 1/2 tahun kat situ sememangnya mematangkan...dan mengajar aku erti setiakawan...

"Menelusuri jalan kenangan....." - aku suka senibinanya dan CERITA di sebaliknya...

Mase interview, aku disoal-siasat oleh seorang pegawai bangsa asing, yg kegemarannya hanya COKE, rokok, COKE & COKE... Seorang lagi one Chinese lady yang fasih cakap Melayu, lagu Melayu pun dia hafal... (Lagu Ramlah Ram pun dia tau...jangan memain..ehehehe) Memang aku tabik abis.... Dan dia, menjadi bukan saja seorang bos yang paling baik pernah aku jumpa, malah seorang sahabat, dan macam kakak aku sendiri.... Kami susah senang sama-sama... Bila kerja, dia orang mula-mula sekali datang, dan dia yang paling lambat sekali balik.... Dia gak selalu belanja aku....paling hebat, dia tau hormat waktu sembahyang aku..... BEST... :)

Dua kali aku dapat tawaran job lain, dan nak berenti....aku tak jadi, sebab dia....one of the reason, out of other reasons....

Dia tak pernah lupa birthday staff, sebab semuanya masuk dalam kalendar dia....setiap bulan mesti ada sambutan.....ada makan-makan...ada game kekadang....

Aku selalu gak sembang ngan dia...banyak rahsia dia aku simpan....dan dah tentunya aku pegang....takkan lepas...kami sangat berbeza, tapi itu yang buat kami serupa....

Sekarang bila dah tukar job lain, aku mesti teringat kat dia....camne susah payahnya dia pertahankan staff dia bila dimarahi orang atasan....yg pastinya, aku tau dia banyak menangis.... Kesian...

Bila duduk sorang-sorang, termenung....aku adakalanya akan teringatkan dia....paling terharu bila terkenangkan dia sapa aku ngan... "Adik...sudah makan?" disertai senyuman....

Satu tribute untuk Cik Shirline Hor....terima kasih atas segalanya, kerjaya dan persahabatan....you saw my potential, when others just shun their doors right on my face....terima kasih juga untuk Best Staff Award 2007.... dan recommendation yang sangat hebat....i owe u one...

If you read this, jom kita makan-makan? This time, its on me...KAWAN... :)

MALAIKAT di JENDELA

("Ada malaikat menyulam jaring labah-labah di jendela..." - Dian Sastrowardoyo...)


Visual bilik aku yang suram....

Aku suka gelap, mententeramkan.....hanya ada aku, yang leka di dunia aku sendiri....di sini mindaku bekerja...berimaginasi dan berkhayal....kais idea.....gali...gali...dan gali....tapi, paling aku suka bila hujan.....otakku ligat berfikir....

Di sini tempat aku menghabiskan masa membaca, menulis...buat editing...proofreading....terjemahan dan yg sewaktu ngannya...tempat tido dan layan movie di lappy....hanya ada comforter nipis, 2 biji bantal, beberapa buah buku, majalah, selimut dan laptop....CUKUP

Aku takde studio, mahupun office space di rumah...jadi, segala-galanya bergabung...menjadi satu...

Bilik di multi-tasking kan....sebab 'kosong', tak susah nak mengemas....hanya malas....

Hari-hari, aku hanya tidur ditemani Liv Tyler yang setia, yang kerjanya hanya mengendap di jendela.....

Monday, May 11, 2009

PEACE-PEACE kacang PIS!

(A credit to the photographer which I don't know who...congratz, its a great shot)

What can I say about these two....

Just love em'...spontaneous and fun...foto ni buat aku makin adore kat these 2 of Malaysia's Most Prominent Couple Figures...

Harap-harap 20-30 tahun lagi hidup aku still akan happy cam diorang...huhu. Like they say, life begins at 40...ngee :D

Tabik spring!

Thursday, May 7, 2009

Junior vs Senior...skang sapa lebih TERER??

(Lady Luck NEVER choose between LEFT or RIGHT...)


Lunch di Tepian...lokasi makan + lepak biase...

Duduk menghadap pintu masuk....

Kelibat seseorang yang aku kenal muncul di muka pintu kedai buat aku tersenyum sendiri....

"Farid"

Datang ngan seseorang, isteri...ayu abis.... untung ko Farid...ehehehehe

Dia junior aku kat boarding school dulu...room mate aku mase Form 3... budak yang baik... sorang lagi junior nama Atuk...sama batch ngan dia... satu bilik ada 14 orang... Kitorang slalu sembang ngarut-ngarut...ngarut yang berilmu...ahaks... Memoir... 12 tahun cepatnya berlalu... dulu si Farid ni skema2 abis, tapi sempoi...pakai spek tebal, frame hitam bulat.... Takde gelaran untuk Farid, aku cuma panggil dia Farid...haha... Sebab dia terlalu baik... Tak tau nak gelar apa... Si Atuk, sebab dia mase budak2 lagi dah nampak kertu....waakakakakakkkakakaka....

Dengan si Farid ni aku suka sembang ngan dia sebab dia banyak ilmu...untungnya bergaul ngan orang berilmu ni, perbualan tu bukan sekadar sembang, tapi ada ilmunya juga...

"Zal!" Dia tersenyum nampak aku.... "Kerja kat sini ke?"

"A'ah...sebelah ni je.... Oit, ko ape cerr?" nak korek info.

"Biase je Zal...kerja kat sini-sini gak" jawab Farid, masih modest dan merendah diri, cam dulu-dulu gak.

"Ada kad?", tanya dia lagi. Sambil menghulurkan business card dia kat aku.

"Takdelah bro, nanti aku korek dlm wallet...takpe, ko makan dulu" aku suggest kat dia. Kami bertukar nombor telefon.

Aku belek kad dia... "Aik, ni bini dia punya!"

Tertera 'Managing Director' di kad...bawah nama.

"Perghhh...muda-muda lagi dah ada syarikat sendiri", aku mengagumi dalam diam.

Farid kerja dengan isterinya, tapi pasti jawatannya juga bukan calang-calang.

Aku? Masih lagi bekerja makan gaji....bulan-bulan tunggu cek.


Betullah...nasib itu tidak menyebelahi sesiapa...yang penting ada usaha dan keberanian untuk mencuba.

Farid juga sama latar belakang dengan aku....tapi dia boleh bekerja dengan Jurutera, in fact mengetuai sekumpulan Jurutera lebih tepat...sedangkan bidang kami jauh tersasar daripada itu....

Fikir tentang masa depan..... Hmm, mana aku nak mula??

"Korek-korek wallet, jumpa gak...nah Farid", aku menghulurkan business card milik aku yang sudah agak renyuk...

Senyum, beri salam sambil berlalu pergi...

Aduh...kerdilnya aku....

KHILAF sang KHALIFAH

(Mara ke depan, pilih kiri, kanan atau mundur selangkah ke belakang? - shot with W580i)


Lately, aku kerap sesat....

Aku tak tau nak hala ke mana..kiri atau kanan...depan atau belakang? Paling mudah bila ada roundabout...sekurang-kurangnya aku masih boleh memilih arah bila berada dalam bulatan...pusing...pusing...sambil buat keputusan....masa seolah-olah terhenti di situ....

Sekarang aku berada pada kedudukan statik...aku tak ke mana-mana...

Bungkam! BOSAN....

Aku rasa aku berada di landasan atau arah yang betul, cuma jiwa aku rasanya kosong...

Nil... Zero.. Ka pish...

Berada di kedudukan selamat, comfort zone juga tidak menjadikan aku seorang yang puas...

Gembira tapi kosong...

Mungkinkah sebab adakalanya aku terlupakan NYA...

Aku sendiri sudah lupa bagaimana rupa GEMBIRA aku....


(Tiada EKSPRESI...KOSONG... Aku hanya ada wajah tanpa JIWA...)

Dasar manusia...memang pelupa... Sebab itu terma 'manusia' itu sendiri didasarkan daripada kata sendi Arab, 'nasia' = NUN+SIN+YA'...yang membawa maksud LUPA.... Sering lupa dengan fitrah... Itu aku.. Kalian aku tak tau... Mungkin lebih baik daripada aku..

Mungkinkah bila aku lupakanNya, DIA juga lupakan aku...

Aku khilaf, maafkan aku....

Pimpinlah tanganku....

Akan aku segera kembali ke jalan MU...

Tuesday, May 5, 2009

Be INVISIBLE..kapoof!


If this is what you call an act of being invisible....while at work...

Peeps.... I definitely am sure that Boss won't buy this...

Huahauhauahuahuaua....

Monday, May 4, 2009

Khidmat Pelanggan - VS - Khianat Pelanggan

(Duhh!!)

Naik cuti dah bikin panaaas...

Aku tak pasti adakah memang culture rakyat Malaysia, buat kerja sambil lewa atau sememangnya begitulah budaya kerja kat negara kita sejak azali lagi...pagi tadi aku dengar radio, macam mana seorang pelanggan rakyat tempatan yang di double standard kan bila berurusniaga di sebuah pasaraya bertaraf multinasional dalam negara. Just because, He's not WHITE, or FOREIGN-LOOK... Duh.....

Khidmat Pelanggan seharusnya sesuatu yang mantap dan dititik beratkan dalam setiap organisasi; kerajaan atau swasta sekalipun...tidak kiralah bagaimana cara sekalipun, bila dah dilabel Khidmat Pelanggan (Customer Service), seharusnya la berkhidmat untuk pelanggan, tanpa kompromi...

Akhir-akhir ni mutu khidmat pelanggan makin teruk...sepatutnya dalam zaman gawat, ramai yang kena retrench, mutu makin meningkat....tapi the other way around...

Last week, aku ada reserved satu item kat kedai....aku cakap gaji masuk je aku sambar....tup2 dah lebih seminggu, call pun tarak....nak harap aku call, jangan la harap.....rugi kredit prepaid aku.....

Minggu lepas pulak aku tempah spectacle, dah rabun sket dah...kena la jadik nerd dari skang....huhu

"Nanti kalau dah siap, call saya ya!" aku bagi nombor tipon kat awek promoter spec tuh...janji isnin, selasa pun haraaaam tak call-call....kalo tak bayar lagi, mau je aku burn kan...tapi dah full payment...

Trut...trut...trut... (Aku call kedai)

"Hallu... Pusat Optometrist ********, can I help you?"

"Hallu...saya punya spec sudah siap ka?"

"Bila order?"

"Sunday"

"Sikijap ar, saya check...bagi nama incik"

"**** ******* ******"
"Oooo, sudah siap lor...semalam lagi"

Dah tu, tak reti-reti nak call???

"Ok, saya amik kejap lagi" Letak phone.


Tengahari tadi, aku temankan member aku gi Bank....pun bermasalah....

BANK #1:

"Sorilah encik, ni Bank Islamic...encik kena pegi Bank Cawangan Konvensional untuk buat bayaran"

"Oii, saya orang Islam gak la! Bank sama je kan? Buat je la urusan antara bank tak boleh ke? Baik takyah ada cawangan!"


BANK #2

"Kami nak upgrade Kad ke Visa Debit"

"Maaf encik, boleh tak datang pukul 2.30ptg karang...staff pegi makan!"

"?????"

Takkan sorang je staff yang boleh wat menda tu...abih tu yg lain-lain yang berlonggok-longgok tu watpe....kaki sembang je la.... Client pun tak ramai... Hampeh...

Aku actually mase kerja kat sebuah Universiti Swasta yang agak glemer kat Mesia nih (mahupun di Afrika!) 5 tahun dulu, job skop aku mase tu Admin, jawatan Administrative Executive....walaupun Exec, semua kerja aku kena venture, kena tahu serba serbi.... Kaunter Khidmat Pelanggan pun aku kena jaga gak, ikut jadual.... Kaunter tak boleh tak de yang tak attend...mesti kena ada, hatta lunch hour skalipun. Semua pertanyaan, permintaan dan sewaktu dengannya mesti diselesaikan dan ditunaikan, walau apa cara sekalipun, sampaikan kekadang miss soru.... Caci maki tu dah biase dah, sampai naik kematu telinga aku... Kepuasannya bila, customer ucap:

"Terima kasih"

"Naib baik ada you, kalau tak susah I"

"Sir, you are so cute, can I have your e-mail address?"

Mase tu, tak makan pun takpe...perut jadi kenyang...hehe....


Jadinya sekarang, bila aku berada di tempat pelanggan, dan permintaan aku tak dilayan, memang aku BERANG + BENGANG!






Sunday, May 3, 2009

I like to Move it..MOVE IT!!!



Aku baru balik dari midvalley...biase le, lawatan berkala ujung minggu....lepak kat MPH & Borders...cuti 3 hari beb...malam tadi dah la ribut....aku tido kat hall depan TV...nak layan DEJAVU kat TV3 kononnya...last-last DEJAVU yang tonton aku....sedar-sedar dah kul 2 pagi, kaki aku dah basah....jeng jeng jeng...jgn pikir lain!


Aku bukak tingkap maghrib tu...pulaknya tengah malam hujan selebat2nye...brrrrrr...sejuk....abis lencun...kaki laa! hehe...terus terbangun..tutup tingkap....sambung tido...zzzzzz....


Bangun pagi, bersiap-siap....idupkan enjin keta...bedesup, gi Midvalley...ushar-ushar SLR, yang tak terbeli-beli....sob sob...halwa mata je la yang mampu...layaaaan... (Tokei kedai tu pun dah malas layan aku..."Lu lagi arrr?" haahaaaa)


Gi MPH, browse books....hmmm, ada beberapa buku yang menarik....seluk poket...huhu...bape hinggit je ni...lebih dari cukup, tapi takpela....simpan dulu...


Gi WATSON, ada beberapa toiletries yang nak dibeli...panjang plak queue...kebetulan item yang aku nak takde stok....tup-tup, sorang mamat lalu...kaca mata hitam...sah artis....sorang amoi promoter sampai pandang 2 kali...aku tergelak kecil...haha...tengok la amoi puas-puas...bukan slalu jumpa artis...


Aku gi SPEEDY....browse VCD....mata aku menangkap "BUCKET LIST"...lakonan Morgan Freeman & Jack Nicholson...yippie...jumpa gak....lame aku cari... Masuk lane sebelah, browse lagi....uiksss...! Jumpa 'Studio Ghibli Complete Collection'...half price lak tuh...


Aku dah keliru...konflik nak pilih yang mana satu...BUCKET LIST atau Hayao Miyazaki's?? Akhirnya, dua-dua masuk dalam plastik.... "Ka Ching!!" rabak lagi duit aku bulan ni... SLR tangguh bulan depan la jawabnya....


Jalan lagi, gi GUARDIAN lak.....lalu satu premise-in-construction.... "KRISPY KREME - Opening Soon" (Bella Luna kata sedap tak ingat...so, kena la aku tunggu kemunculannya...nak ke Time Square malas plak...tungguuuuuu)


Ok, sume dah ada dlm plastik bag....poket pun dah kering.... Jalan ke parking...lalu lorong dan kedai kat JUSCO...menuju ke parking lot...tiba-tiba jam sekejap... Oit, nape jem nih....depan aku ada 3 orang girls...tercuit-cuit...tergesel-gesel..berbisik-bisik...ape cerr ni?? Aku nak cepat....beberapa minit lagi akan genap aku bertapa kat Midvalley 4 jam...kalo sempat, mungkin aku just bayar 3 ringgit.....kalau sempat.... Jem lagi...slownya movement...kalo kat jalan ni, bleh je aku hon...pin..pin!!! (camtu ke bunyi hon? wahahaahaha)


Aku jengah kepala...jinjit sket...nampak sorang mamat pakai spek hitam (bukan yang tadi....satu lagi kepelikan manusia, pakai spek itam di dalam bangunan....!) jalan paling depan...yang bebudak pompuan tadi masih lagi ngan gaya gelenyah masing-masing... "Isk...sape nak pedajal aku ni?? sabotaj aku nak bayar parking..." pin pin....hon lagi....


Mamat tu toleh kiri...bukak spek itam, sah! Artis lagi....typical betol....bila bukak spek itam,makin terjerit-jeritlah bebudak pompuan tu.... (ngan beberapa orang kat depan diorang yang ala-ala pompuan tapi bukan.... (got it?) ngee ;p


Bebudak pompuan tu dan yg lain-lain makin laju mengekor....bagus! Cepat sket... Aku mencelah laju, cam mat rempit....kiri kanan..kanan kiri...bedesup ke parking lot P1.... Slot in parking tiket kat machine... "RM 4.00!!" binawe.....aku missed, terlebih seminit je....


Huuhhu....idupkan enjin, blah terus.....ngan muka yang merah padaam....


Rempitan aku menular ke jalan raya....lepas geram...lampu merah pun aku langgar.... "Klik!"


'Pigeon hole' amik gambar aku....snapped. (Rugi tak sempat tunjuk PEACE!) '"Adeeeh.....kene samaaaaaan plak doh.....!"


Sampai umah, solat Asar....tidooooooo! (Ngan kepala yang berdenyut-denyut....)


"Saman...SLR....Saman....SLR....."


Aku meracau-racau di dalam tido.....macam budak-budak kempunan gula-gula....