Thursday, April 9, 2009
BELASUNGKAWA (A Tribute to All Papa)
AL-FATIHAH....
Malam tadi, saya dikejutkan dengan sms dari rakan-rakan, tentang pemergian ayahanda salah seorang dari kalangan sahabat kami, Arif.
Terpana seketika waktu membaca sms, meskipun siangnya saya telah diberitahu melalui Facebook tentang kedaan arwah yang agak tenat.
Terdetik di fikiran, tentang arwah ayahanda saya yang pergi menghadap Ilahi pada tanggal 3hb Julai 2002...pemergian yang tak disangka-sangka. Nahas bas kilang di Kulai...masuk akhbar... (abang saya masih simpan keratannya).
Saya dengan arwah abah jarang bersembang...kami tiada perselisihan, tidak pernah. Tidak tahu dari mana datangnya 'tembok' komunikasi itu. Sekali sekala saja bila berjumpa kami bersembang...waktu menonton TV, makan...waktu-waktu lain kami membawa haluan sendiri... Ditambah pula dengan jarak pemisah, kerana saya sejak tingkatan 1 lagi sudah berjauhan dengan keluarga, masuk universiti, hinggalah sekarang....sudah biasa sendiri....bila berjumpa pun waktu cuti... Mungkin sebagai anak bongsu, ramai menyangka saya dilebihkan segala-galanya...pada saya, biasa saja. Saya pernah dirotan dengan dahan halus pokok bunga raya yang bisa, berbirat badan...kerana merayau jauh mengikut rakan tanpa memberitahu terlebih dahulu sekitar umur 4 tahun... Saya sering ditegur dan diherdik kerana memanggil abang saya dengan bahasa panggilan 'AKU'...abah tak suka, biadap katanya....
Namun, bila masa berlalu, semakin aku meningkat remaja, abah sudah membuang jauh tabiat garangnya....semakin mesra...mungkin begitulah sewajarnya, "kecil ditangan-tangankan"...bila besar saya sudah boleh fikir sendiri mana yang baik mana yang tidak....
Jasa abah terlalu besar. Bermula tingkatan 1...saya belajar di daerah yang lain... Saya yang mohon kemasukan sendiri ke asrama, nak merasa hidup berdikari... Teringat lagi bagaimana abah menemani saya balik ke asrama setiap kali tamat cuti penggal. Kami tiada kereta, hanya sebuah motorsikal C70 yang uzur. Kami keluarga susah. Oleh sebab perjalanan yang jauh, kami hanya boleh naik teksi atau bas. Bas paling murah...jadi kami memilih bas. Abah menemani saya sepanjang perjalanan... Dari Kota Tinggi ke Bandar Kluang mengambil masa hampir 2 jam perjalanan...dari Bandar untuk sampai ke sekolah, lebih kurang 5 km perjalanan lagi...kami jalan kaki...teksi mahal... Abah terpaksa menggendong beg saya yang sarat, dan berat...saya ingin bawa sendiri, tapi abah tak kasi, saya masih budak-budak...abah suruh saya bawa beg plastik berisi 2 tin air soya dan 2 biji ban kacang merah yang lebih ringan....kami melintasi jalan yang sibuk, berdebu dan panas, juga landasan keretapi yang merbahaya... (seorang junior saya maut, meninggal digilis keretapi waktu melintas suatu ketika dulu) begitulah berlanjutan hingga akhir tingkatan satu... Mulai tingkatan 2, saya balik kampung dan kembali semula ke asrama sendiri...sudah pandai... Tidak mahu susahkan abah... Tapi ada masa abah akan datang melawat bila hujung minggu, bawa buah tangan...sebab makanan asrama tak sedap...ikan mentah...cuma bila hari Jumaat, ada nasi ayam atau beriani dengan aiskrim... abah faham...
Kali terakhir saya bersembang mesra dengan abah adalah ketika menonton FIFA World Cup 2002 di televisyen, kebetulan cuti semester. TV rumah kami bersaiz kecil, ikut kemampuan. Kami kongsi tonton...kami bersorak bila gol...bengang bila referee bagi kad merah pada pemain kegemaran.... Sama-sama senyum, sama-sama ketawa, sama-sama bengang.... Dah lama tak sembang macam tu dengan abah... Saya perhatikan abah banyak berubah... Abah dah mula pakai cermin mata bila baca surat khabar...ayah banyak tersenyum dan bergurau....paling saya bersyukur, abah dah berjaya berhenti hisap rokok! Sesuatu yang tak pernah saya jangkakan...sebab abah memang kecanduan rokok...bibirnya hitam... Saya hanya jumpa abah bila waktu malam...sebab abah kerja kilang waktu siang....malam balik dah penat, samada saya sudah tidur, atau abah yang dah tak larat, terus masuk bilik...berdengkur kepenatan...jarang bersua muka....
Jangka masa satu semester di universiti agak panjang, saya jarang balik...bila balik kampung pun, jarang jumpa abah... Pada satu petang...selesai habis kelas, saya duduk di bilik, penat. Pintu bilik diketuk kuat. Angah, salah seorang kawan rapat muncul di muka pintu. "Jal, aku nak kau banyak bersabar ye..."
Saya tak paham...kemudian angah terangkan. Masuk bilik....duduk kat katil. "Betul ke?"
Saya tak ada telefon bimbit, macam kawan-kawan lain. Saya tinggalkan nombor telefon Angah pada keluarga, jika ada hal kecemasan.
Bukak drawer, capai syiling, gi public phone & call rumah. Jiran yang jawab. "Betul Jal, abah dah takde, kemalangan pagi tadi..." suara jiran tadi makin sayup dari telinga...makin jauh. Saya balik bilik, kawan-kawan satu course sume dah berkumpul, datang peluk....salah sorang daripadanya Hazam... Saya dah tak boleh tahan....berlinang lah air mata kat situ gak... Tak ingat malu dah.... sekali itu je air mata tumpah. Kena kuatkan semangat. Pergi toilet, amik wudu', buat solat sunat 2 rakaat...tenangkan fikiran. Kawan baik saya si Awie, dah siap book kereta sewa, temankan hantar balik kampung. Nasib baik masa tu dah lepas exam. Amik cuti 3 hari. Abang saya ikut skali, jemput dia kat Bukit Jalil. Pyan, seorang lagi kawan baik saya yang drive, dengan Awie dan Ade temankan. Saya tak boleh lupa jasa diorang.
Sampai kampung, dah lewat malam...tak sempat tengok jenazah, tak sempat tengok pengebumian. Cuma selonggok tanah merah kat perkuburan. Emak dan kakak, sebaik nampak kami sampai, terus peluk, sambil menangis.
Terkilan jugak sebab tak sempat jumpa arwah. Tak sempat mintak maaf dengan arwah. tak merasa cium tangan arwah. Semuanya berlaku dengan pantas.
Hari terakhir aku kat kampung, kami menerima satu sampul berisi lesen memandu kereta dari seseorang. Lesen milik abah. Rupa-rupanya, sebelum meninggal, abah sempat ambil ujian memandu, dan 'pass'. Mungkin abah ada bercadang nak beli kereta. Nak baiki taraf hidup kami sekeluarga. Mungkin. Makin banyak kisah pasal abah yang kami tahu dari hari ke hari. Semuanya yang positif, Alhamdulillah.
Satu petanda, arwah abah pergi dengan tenang....
Malam itu, saya mimpi arwah abah datang, lengkap berpakaian serba putih....senyum dan melambai pergi....
Air mata mengalir lagi....itu yang terakhir kali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tersentuh hati baca post ini.
ReplyDeleteterma kasih kerna berkongsi
:)
al-fatihah
sama-sama megat...
ReplyDeletesetiap orang ada sejarah masing-masing... ini sejarah saya, megat sendiri pun ada... kisah megat terlakar di lensa dan kanvas, saya cuma di pena saje :)
arghh..pesal sedih sgt entry neh..
ReplyDeleteBella...
ReplyDeleteKekadang yang pahit ada manisnya, yang manis ada pahitnya...
Either way, 'life still goes on' kan... :)
yup...definitely...tp sumtimes yg pahit tu yg ssh sgt nk terima
ReplyDeletekepergian yang direlakan dalam kesedihan.... moralnya, hargailah org tersayang selagi masih ada di depan mata... :)
ReplyDelete