Lama aku tak study pasal ikon seorang ni...
Oleh sebab jurusan Bachelor aku memang pengkhusususan Kesusasteraan Inggeris, kami masa belajar dulu memang kena study habis tentang bapa sastera Inggeris ni. (Tapi kalo disoal siasat sekarang tentang Encik Shakespeare, mungkin aku lupa satu atau dua fakta...atau lebih...haha...tu la akibatnya kalau belajar semata-mata untuk lulus...) rasa rugi pulak tak manfaatkan mase study dulu...skang menyesal...
Anyway, dulu buku rujukan sangat mahal (skang mungkin lagi mahal!). Untuk dapatkan compilation of works je, satu buku mencecah ratusan hinggit.... Kebetulan masa tu, seorang kawan, Pyan memang kaki jelajah...cam Tomb Raider plak...hehe...terjaaah.... Ntah, macam mana dia boleh dapat maklumat tentang 'kedai jual buku bergerak'....bergerak atas air... Ya, ada satu fleet ni yang menjelajah dunia tengah docking kat Port Klang, ngan bawak buku-buku yang banyak...anak-anak kapalnya adalah budak-budak remaja, yang diberi peluang jadi anak kapal dari serata pelosok dunia.
Bila dikaji selidik, rupa-rupanya tu kapal missionary (faham2 la kan)... Takpela, apa tujuan dia datang pun, yang penting iman aku tak goyah pada-NYA. Tujuan aku pun nak belek-belek buku, murah-murah pulak tu...yang aku respect kat remaja-remaja cam diorang ni, diorang actually sangat bijak dan muda-muda lagi dah tahu apa yang diinginkan dan tak takut untuk mencuba sesuatu yang baru, berguna dan dijadikan pegangan. Bayangkan muda-muda lagi dah mengembara...cari pengalaman. (Ada sesiapa dah tonton Master & Commander? Lebih kurang camtu le) Mereka layan pengunjung pun ngan ramah... Dapat la aku practice English aku yang hampeh tak seberapa ni...haha. Yang best nya, masa tu aku dapat geledah buku Shakespeare Compilation of Works...dengan harga RM5....?!! Perghhhh...mana nak dapat... Happy sakan la aku...jimat kat situ...
Bertahun berlalu, buku tu ntah kat mane...sebab aku antara kalangan batch aku yg lebih awal amik subjek tu, dan bila dari semester ke semester, ramailah yang meminjam...nyesal aku tak letak deposit! Skang ntah dah diwariskan kat sape...aku pun tak tau...
Semalam aku gi MPH Midvalley....guess what? Aku jumpa buku yang sejibik....kualiti kertas, saiz, sume-sumela....tapi ngan harga yang 4 kali lebih mahal..... RM19.90. Hmmm....
Walaupun tak sampai ratusan, tapi tak sangka plak, harga buku pun tak lepas dari 'dibaham' dek rahang kebejatan ekonomi....
Aku nak baca lagi..... :)
No comments:
Post a Comment