Tuesday, April 7, 2009
Bicara Sasterawan Negara
"AKHIRNYA, SENIMAN YANG SELALU MENANG"
“Untuk menguasai seni menulis itu mudah saja, bapak akan belikan buku-buku yang baik dan Faisal baca. Tetapi yang paling payah ialah menguasai seni bersikap.”
Dipetik dari artikel tulisan Saudara Faisal Tehrani tentang Sasterawan Negara A. Samad Said dari blog ini:
http://shahrulpeshawar.wordpress.com/2009/03/10/akhirnya-seniman-yang-selalu-menang/
Benar-benar idola sejati!
Saya seringkali bertemu beliau yang sering menghabiskan masa di Kinokuniya, MPH dan kedai-kedai buku lain (mega atau tidak) kerana saya memang gemar menghabiskan hujung minggu di tempat-tempat begitu sambil belek-belek buku literature atau beli barang satu atau dua buah buku (bergantung kepada saiz poket!), ataupun terserempak di jalanan....namun saya tidak berani untuk bertegur sapa meskipun saya amat meminati beliau...bukan kerana takut, tapi kerana terlebih hormat....
Sebelum ini kisah tentang Pak Samad agak suram, namun sejak akhir-akhir ini namanya mula disebut2 semula di koran-koran dan media, namun dengan palitan selingkar kisah yang dimomokkan dengan gambaran negatif. Mengapa? Tidak berbaloikah usahanya untuk perjuangkan bahasa warisan bangsa...untuk tanahair tercinta...
Jasa Pak Samad terlampau besar, tak ternilai dengan harta.
Ahh...manusia memang mudah LUPA....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment